LEMON | Kebaikan Minum Air Lemon Setiap Pagi

Bismillahirrahmannirrahim 
~ Dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih, Maha Penyayang ~


Assalammualaikum dan salam sejahtera saya ucapkan kepada semua pembaca blog Ainul D Secrets Beauty and Spa. Semoga anda sentiasa di bawah perlindungan, pemeliharaan dan penjagaan Allah S.W.T. 

Insyaallah, hari ini saya akan berkongsi sedikit info berkenaan kebaikan-kebaikan yang terdapat pada buah Lemon.

Saya pasti ramai di luar sana yang sudah sedia maklum akan kebaikan lemon ini. Bagi anda yang masih belum tahu, lemon ini sebenarnya berfungsi sebagai antibakteria dan antiviral yang kuat. 

Kandungan lemon seperti asid citric, kalsium, magnesium, vitamin c, bioflavonoids, pectin dan limonene membantu meningkatkan tahap imun sistem badan kita serta melawan sebarang jangkitan.

Jom kita bongkar antara kebaikan lemon atau air lemon kepada tubuh badan kita..




Kebaikan Minum Air Lemon Setiap Pagi :

1. Melegakan dan Mengelakkan Masalah Penghadaman
Minum air lemon setiap kali anda bangun dari tidur dapat membantu melegakan dan mengelakkan masalah penghadaman seperti kembung perut, gastrik dan pedih ulu hati.

2. Bersifat Antiseptik
Sifat lemon yang antiseptik membantu dalam pembersihan hati, buah pinggang dan darah.

3. Membekalkan Vitamic C Semulajadi
Lemon dapat membekalkan Vitamin C semulajadi kepada tubuh badan kita jika kita minum air lemon setiap pagi. Ia juga membekalkan folate dan minerals seperti potassium, kalsium serta magnesium untuk tubuh badan kita.

4. Bersifat Alkali
Kandungan mineral yang tinggi dalam buah lemon yang bersifat alkali dapat membuang asid dalam badan.

5. Membantu Sistem Perkumuhan
Air lemon dapat membantu dalam perkumuhan dan mengelakkan sembelit serta cirit-birit.

6. Menyihatkan Kulit
Kandungan Vitamin C dalam buah lemon itu sendiri dapat membantu memperbaiki masalah kulit. Selain itu, lemon juga membantu dalam membersih, sebagai antibiotik dan antioksidan yang lebih penting untuk kulit.

7. Membantu Mengelak Barah (Cancer)
Limonoid Glucosides adalah sejenis Flavonoid yang terdapat di dalam buah lemon. Kajian mendapati ia mempunyai ciri-ciri anti-karsinogik yang boleh membantu mengelakkan barah.

8. Penghadam Lemak
Air lemon membantu hati menghasilkan lebih hempedu yang dapat membantu menghadam lemak-lemak degil.

9. Membantu Merawat Sakit Tekak
Ciri-ciri anti-bakteria yang terdapat pada lemon, membantu merawat sakit tekak, Jika anda mengalami sakit tekak, bolehlah cuba minum seteguk air lemon dalam beberapa jam. Kemudian, lihatlah kesannya.

10. Mengurangkan Lendir 
Air lemon membantu mengurangkan mukus atau lendir dan kahak yang terhasil dalam badan.

11. Mengurangkan Berat Badan 
Salah satu faedah dan kebaikan minum air lemon ini adlaah untuk membakar lemak di dalam badan yang boleh membantu anda untuk kurus.

12. Mengurangkan Bau Mulut
Air lemon adalah sumber paling baik dalam membantu menghilangkan bau mulut di awal pagi. Ciri-ciri lemon yang bersifat anti-oksida dan antibiotik juga dapat membantu mengurangkan bau badan.

Inilah antara kebaikan-kebaikan kalau anda minum air lemon setiap pagi.. Insyaallah, saya akan kongsikan di entry yang seterusnya berkenaan keistimewaan air lemon dan cara-cara untuk membuat air lemon bagi mengelak serta merawat beberapa jenis penyakit.

Semoga entry saya kali ini dapat memberi manfaat kepada anda semua. Sehingga berjumpa lagi di entry akan datang. 

0 comments:

The Walking Beauty Project and Blogger Themes.