LEMON | Air Perahan Lemon Dapat Membantu Melegakan Kesakitan!!!

Keistimewaan Air Lemon dan Cara-cara Melegakan Kesakitan Dengan Air Lemon





Menghilangkan Acne
Citric Acid yang terkandung di dalam buah lemon membantu dalam merawat acne. Vitamin C yang terkandung di dalam lemon pula membantu menjadikan kulit lebih sihat dan bersinar.

Caranya : Campurkan satu bahagian lemon yang telah diperah dengan sedikit madu. Letakkan campuran ini di kawasan kulit muka yang ada acne dan biarkan selama setengah jam. Bilas dengan air. Lakukan 2 kali sehari (pagi dan malam). 

Anda mungkin akan berasa sedikit pedih selepas meletakkan campuran ini. Tetapi, kalau anda dah biasa lakukannya, insyaallah lama-lama nanti tak kurang rasa pedih tu.

Menghilangkan Rasa Takut dan Cemas
Mengikut kajian, 'lemon balm' dapat menghilangkan keletihan, kelesuan, penat, pening, rasa cemas, takut, stress dan memberi ketenangan. Minyak lemon juga dapat meningkatkan konsentrasi dan kepekaan.

Caranya : Percikkan beberapa titisan pati minyak lemon di atas tangan dan hidu. Dengan melakukan ini, dapat mengurangkan stress.

Ulser Mulut
Sifat lemon yang antibacteria dan antiviral ini dapat mempercepatkan penyembuhan ulser di mulut.

Caranya : Campurkan lemon yang telah diperah dengan air suam dan kumur sekurang-kurangnya 3 kali sehari.

Demam
Caranya : Campurkan sebiji perahan lemon dengan secawan air panas yang telah dicampur madu. Minum setiap 2 jam.

Selesema dan Sakit Tekak 
Sifat lemon yang antiviral dapat membunuh virus pada hingus atau kahak. Vitamin C yang terdapat di dalam lemon boleh merawat secara dalaman dengan membekalkan Vitamin C ini kepada sel pertahanan badan.

Caranya : Campurkan sebiji lemon yang telah diperah dengan air suam dan minum setiap 2 jam. 

Kalau sakit tekak, boleh tambahkan 1 sudu kecil garam laut (5ml) ke dalam 1 cawan air suam dan 1 biji perahan lemon. Kumur sampai ke tekak 3 kali sehari selama 1 minit untuk setiap sesi.

Kalau ada tonsil pula, boleh berkumur dengan air suam yang telah diperah dengan sebiji lemon setiap 2 jam selama 30 saat. Dongak sedikit bagi membolehkan sifat antibakteria dan antiviral lemon ni bertindak pada tekak. Kemudian boleh telan air lemon ini untuk meningkatkan sistem imun badan.

Merawat Kulit dan Ketuat

Caranya : Letakkan potongan lemon setebal 5mm pada kutil dan balut dengan kemas. Biarkan semalaman. Sapukan kawasan yang dijangkiti dengan pati minyak lemon yang pekat dan belum dicairkan untuk membantu proses penyembuhan. Sapu dengan cotton bud atau Q-Tip untuk mengelakkan dari terkena kawasan yang tidak dijangkiti.

Merawat Eczema 
Balutan dengan lemon dapat membantu dalam jangkitan kulit.

Caranya : Tambah 8 titik pati minyak lemon ke dalam 1 cawan air suam (250ml) dan 1 sudu besar madu. Madu bertindak sebagai antiradang dan menyokong lagi tindak balas pati minyak lemon tadi.

Rendamkan kain ke dalam campuran tadi, perah dan letak kain itu di kawasan jangkitan selama 15 minit. Lakukan 2 - 3 kali sehari. Insyaallah, bukan sahaja akan mengurangkan jangkitan, tetapi dapat mengurangkan rasa ingin menggaru.

Merawat Keletihan 
Caranya : Cucuk lemon dengan straw dan sedut sahaja. Lemon oil juga boleh merangsang aktiviti otak. Jadi, bila anda rasa letih, anda boleh titikan 4 lemon oil ke bekas aromatherapy yang telah diisi air atau minum segelas air lemon selang beberapa jam.

Hypertension
Lemon, bawang merah dan bawang putih dapat membantu melawan hypertension.

Caranya : Tambahkan 3 biji bawang putih yang telah diramas dan 1 cincang bawang merah dengan 1 liter susu rendah lemak atau susu soya. Reneh atas api selama 5 minit. Tambahkan 3 biji perahan lemon dan minum sepanjang hari. 

Bagi anda yang mempunyai masalah kolesterol yang tinggi dalam badan, pectin yang terkandung di dalam lemon boleh mengurangkan kolesterol anda. 

Melegakan Sengatan Serangga Berbisa 
Caranya : Sekiranya sengat akibat gigitan serangga masih ada, ambil tweezer dan tarik keluar sengat tersebut. Urut tempat yang terkena gigitan itu dengan 1 atau 2 titis lemon oil dan campurkan dengan 1 sudu kecil madu.

Sebagai insect repellent - Tambahkan 20 titis lemon oil ke dalam 1 cawan air (250ml) dan spray ke udara. Kalau nak buat aktiviti di luar rumah, boleh sapukan kulit yang tidak ditutupi baju dengan lemon oil atau boleh sapukan dengan 1/2 oz minyak bunga matahari yang telah dicampurkan dengan 10 titis lemon oil. Selain itu, boleh rendam sahaja cotton bud dalam lemon oil dan letak sahaja di dalam bilik.

Insomnia 
Kajian menunjukkan lemon balm yang digabungkan dengan beberapa calming herbs seperti chamomile dapat mengurangkan keresahan dan membantu untuk tidur.

Menyelamatkan Perut 
Minum sebiji lemon yang telah diperah ke dalam air suam setiap kali makan. Asid pada lemon akan merangsang penghasilan asid dalam perut dan aktiviti otot perut.       

Caranya : Tambah 6 titis lemon oil ke 50ml wheat germ, 2 titis cypress dan 2 titis juniper oil. Gunakan campuran ini setiap hari untuk mengurut kaki dari bawah ke atas.

Untuk mandian, boleh campurkan 8 titis lemon oil ke dalam air mandian yang suam. Tambahkan juga 4 titis cypress oil yang telah dimesin dengan 1 sudu besar madu (15ml). Berendam selama 15 minit. Jangan lap badan selepas berendam, hanya tekap-tekap dengan tuala sahaja.

Menghilangkan kesakitan
Minum air suam dengan sebiji perahan lemon 3 kali sehari. Jika anda mempunyai sakit yang teruk, boleh letakkan 2 biji perahan lemon ke dalam air suam dan minum 3 kali sehari.

Lemon oil membantu melegakan kesakitan. Jadi, anda boleh urut bahagian yang anda sakit itu dengan beberapa titisan lemon oil yang telah dicampur dengan 1 sudu besar (15ml) jojoba oil. 

Menghilangkan Nafas Berbau
Lemon boleh membantu menyegarkan nafas terutamanya selepas makan atau selepas merokok.

Caranya : Kumur dengan sebiji perahan lemon yang dicampur dengan segelas air suam atau kunyah kepingan lemon setiap kali selepas makan.


Selamat mencuba!

0 comments:

Projek Beauty On The Go and Blogger Themes.