Infused Water | Fungsi dan Kebaikan Infused Water




Hi, Assalammualaikum!

Pasti ramai dalam kalangan kita dah familiar dengan infused water kan? Bagi mereka yang tidak pernah dengar atau tidak tahu apa itu infused water pula, kenalah baca perkongsian saya ini sampai habis!


Apakah Sebenarnya Infused Water

Infused water atau dalam erti kata lain air kosong yang telah diletakkan dan dicampurkan dengan beberapa jenis buah-buahan selama 4 hingga 5 jam sebelum diminum.
Terdapat banyak kebaikan dan manfaat jika kita amalkan minum infused water ni. Insyaallah, entry saya kali ini, saya akan kongsikan beberapa kebaikan infused water untuk kesihatan dan kecantikan diri kita.


Kebaikan Infused Water

Selain dari khasiat buah-buahan yang kita dapat dari campuran buah-buahan yang digunakan, infused water juga berfungsi sebagai :

  • Menurunkan berat badan. So, infused water ni sangat bagus untuk mereka yang ingin ber’diet’ atau kurangkan berat badan. Untuk hasil dan kesan yang cepat, anda boleh kerap minum.

  • Membantu seseorang itu untuk kerap minum air. Untuk pengetahuan anda, setiap 25kg berat badan kita, badan kita memerlukan sekurang-kurangnya 1 liter air. Bermakna, jika berat badan anda 50kg, badan anda memerlukan 2 liter air. Tapi, tak semua orang boleh konsisten dan ikut pengambilan air kosong yang diperlukan oleh badan masing-masing sebab mereka merasakan ‘muak’ untuk minum air kosong dalam kuantiti yang banyak macam tu je. Dengan membuat infused water, saya pasti mereka yang kurang minum air kosong tu akan menjadi lebih suka untuk minum air. Cubalah!

  • Membantu dalam menambahkan metabolism badan.

  • Membantu mengurangkan kedutan.

  • Membantu menganjalkan kulit muka.

  • Membantu kulit tampak lebih cantik, muda dan tidak berminyak.

  • Detox.

Infused Water Untuk Pembakaran Lemak, Pencernaan dan Sakit Kepala



  

Infused Water Untuk Sokongan Gula Dalam Darah dan Penghadaman


 



Infused Water Untuk Penghidratan, Pencernaan dan Kawalan Selera Makan


 



Infused Water Untuk Pertahanan Imun, Pencernaan dan Pedih Ulu Hati


 




Infused Water Untuk Kempiskan Perut


 

 


Anda boleh gunakan jug air atau botol air yang sedia ada untuk buat infused water ni. Jangan lupa campurkan buah-buahan di dalam air kosong anda. Kalau tak nanti, tak jadilah infused water. Hihi. Biarkan semalaman di dalam peti ais. Lepas tu, dah boleh minum!


Selamat mencuba!













0 comments:

The Walking Beauty Project and Blogger Themes.