The Walking Beauty : 15 Ogos 2015 | Sesi Temuramah Bersama Wartawan Berita Harian (BH)

Bismillahirrahmannirrahim
Dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih, Maha Penyayang

Alhamdulillah Segala Puji Bagi Allah S.W.T. yang telah mengizinkan saya untuk mengasaskan dan meneruskan Projek The Walking Beauty ini sehingga mendapat perhatian ramai orang seperti sekarang. Saya juga tidak sangka Projek The Walking Beauty yang dahulunya tidak dikenali ramai, kini menjadi bahan bualan hampir di setiap bibir para wanita khususnya! 

Projek The Walking Beauty ini juga telah menarik minat dan mendapat perhatian salah seorang wartawan Berita Harian (BH) juga. Buktinya, semasa Majlis Pelancaran Projek The Walking Beauty diadakan, wartawan BH ini telah turut serta dan hadir untuk mengetahui apakah sebenarnya Projek The Walking Beauty yang kini semakin hangat diperkatakan.


Selepas beliau menghadirkan diri ke majlis pelancaran dan melihat sendiri aktiviti-aktiviti sepanjang majlis berlangsung, beliau telah menawarkan satu sesi temuduga bersama ahli-ahli The Walking Beauty untuk dikongsikan dan dipaparkan di dalam ruangan Pendidikan di Berita Harian (BH) khususnya kepada para pelajar IPTA atau IPTS dan bakal graduan. Setelah perbincangan bersama ahli-ahli The Walking Beauty dibuat, akhirnya kami bersetuju untuk ditemuramah. Sesi temuramah bersama Berita Harian (BH) telah diadakan pada  hari Sabtu bersamaan 15 Ogos 2015 bertempat di Training Centre Ainul D Secrets Beauty & Spa sendiri.


Ketika ditemuramah oleh wartawan Berita Harian (BH)

Ditemani ahli-ahli The Walking Beauty (TWB) ketika sesi temuramah bersama BH diadakan

Salah seorang pelajar IPTA (UTM Skudai) sedang ditemuramah oleh wartawan BH

Facial Demo

Facial demo sambil diperhatikan oleh Pengasas TWB

Facial demo sedang dijalankan sambil diperhatikan oleh wartawan2 BH

Ahli2 TWB tidak melepaskan peluang melihat dan mempelajari teknik2 mengaplikasikan 'protein masker' yang betul ke wajah

Sesi mengambil gambar oleh wartawan BH


Jika anda mempunyai sebarang solan atau pertanyaan, bolehlah terus berhubung dengan saya atau mana-mana ahli The Walking Beauty (TWB). 

Sekian, terima kasih.





Puan Ainul Shahrazad binti Ab Razak
Pengasas The Walking Beauty (TWB)
Pemilik dan Pengusaha Ainul D Secrets Beauty & Spa 
+6013-697 1176 / +6019-697 1176
ainulshahrazad@gmail.com
FB: Ainul Shahrazad Ab Razak
IG: THE_WALKING_BEAUTY_ (Ainul Shahrazad)




0 comments:

Projek Beauty On The Go and Blogger Themes.