The Walking Beauty : 15 Ogos 2015 | Majlis Penyampaian Sijil Ahli-ahli The Walking Beauty

Bismillahirrahmannirrahim
Dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih, Maha Penyayang



15 Ogos 2015 bersamaan 29 Syawal 1436 Hijriah telah berlangsungnya Majlis Penyampaian Sijil kepada ahli-ahli The Walking Beauty yang telah memenuhi kriteria-kriteria dan syarat-syarat yang telah pun ditetapkan bagi melayakkan mereka mendapat sijil. Majlis ini bermula dari jam 10 pagi sehingga jam 2 petang di Training Centre Ainul D Secrets Beauty & Spa di Seksyen 7, Bandar Baru Bangi, Selangor.

Sijil ini merupakan salah satu bentuk penghargaan kepada semua ahli The Walking Beauty yang layak menerimanya dan kerana telah menjadi sebahagian dari ahli keluarga besar The Walking Beauty. Dengan sijil yang mereka ada ini membuktikan mereka telah memenuhi syarat-syarat yang telah ditetapkan di bawah Ainul D Secrets Beauty & Spa.

Bukan itu sahaja, dengan sijil yang mereka miliki ini akan membuatkan para pelanggan merasa lebih percaya dan yakin dengan kebolehan mereka dalam kecantikan luaran (Facial & Face Massage) dan kesihatan dalaman (Produk 100% Semulajadi). Mereka bukan calang-calang beautician ok.. Mereka adalah beautician yang berilmu dan berpengetahuan baik dari segi pengaplikasian urutan wajah mahupun dalam melatih bakal-bakal beautician seperti anda!

Dan pasti anda para pembaca tertanya-tanya bukan apakah bentuk kriteria dan syarat yang telah ditetapkan untuk melayakkan mereka mendapat sijil. Haaa… Yang ini kalau nak tahu kenalah sertai team kami The Walking Beauty kami dahulu! ;) Yang pasti syarat-syarat yang dikenakan ini akan menjadikan anda seorang PAKAR dalam kecantikan luaran mahupun dalaman. Insyaallah.. :)

Untuk pengetahuan para pembaca blog rasmi The Walking Beauty ini, pihak wartawan Berita Harian (BH) juga telah turut serta ketika majlis penyampaian sijil ini diadakan.

Di bawah ini terdapat beberapa gambar sekitar Majlis Penyampaian Sijil Ahli-ahli The Walking Beauty berlangsung :













Sekian sahaja untuk entri Majlis Penyampaian Sijil Ahli-ahli The Walking Beauty. Sebarang pertanyaan atau soalan yang ingin diajukan, bolehlah berhubung dengan saya atau mana-mana ahli The Walking Beauty. 

Terima kasih.






Puan Ainul Shahrazad binti Ab Razak
Pengasas The Walking Beauty (TWB)
Pemilik dan Pengusaha Ainul D Secrets Spa & Beauty
+6013-697 1176 / +6019-697 1176
ainulshahrazad@gmail.com
FB: Ainul Shahrazad Ab Razak
IG: THE_WALKING_BEAUTY_ (Ainul Shahrazad)











0 comments:

Projek Beauty On The Go and Blogger Themes.