The Walking Beauty : 31 Julai 2015 | Majlis Pelancaran Projek The Walking Beauty
Bismillahirrahmannirrahim
Dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih, Maha
Penyayang
Alhamdulillah, dengan izin Allah S.W.T. "Jamuan Hari Raya dan Hi Tea
Wanita sempena Pelancaran Projek The Walking Beauty" akhirnya telah diadakan
pada 31 Julai 2015 yang lepas bertempat di Seksyen 7 Bandar Baru Bangi,
Selangor. Sebagai Pengasas The Walking Beauty, saya amat berbangga dengan
kehadiran ahli-ahli The Walking Beauty yang turut serta memberi sokongan dan bersama-sama dalam menjayakan
pelancaran projek ini. Saya juga berterima kasih kepada para tetamu yang sudi
hadir bagi memeriahkan lagi majlis pelancaran projek ini.
Untuk makluman para pembaca, majlis ini dihadiri lebih kurang 50 – 100 orang tetamu termasuk Pakar
Nutrisi dari Shaklee, Puan Siti Sarah binti Che Haludin dan Make-Up Artist
(MUA), Puan Siti Nur Farihah binti Rahmat. Majlis Pelancaran The Walking Beauty
ini berlangsung dari jam 3:00 petang sehingga jam 8:30 malam. Antara aktiviti
yang telah dijalankan sepanjang majlis adalah seperti berikut :
- Health & Wellness Talk (by Shaklee Nutritionist)
- Make-Up Demo (by MUA)
- Facial Demo (by TWB Beautician)
- Jamuan (Bihun goreng, Satay, Nasi Impit, Desserts : Cakes, Brownies, Candies & Kuih Raya)
Tujuan majlis ini diadakan bukan semata-mata untuk melancarkan Projek The
Walking Beauty, tetapi juga bertujuan untuk mendedahkan dan berkongsi apakah
sebenarnya Projek The Walking Beauty ini khususnya untuk para wanita.
Selain itu, majlis ini adalah khas untuk mereka belajar berkenaan penjagaan diri baik dari
segi luaran ataupun dalaman diri mereka, supaya mereka akan lebih memahami akan
kepentingan menjaga kedua-duanya dengan begitu baik dan rapi.
Perkongsian mengenai kecantikan luaran dan kesihatan dalaman oleh Pn. Siti Sarah (Shaklee Nutritionist)
Para tetamu sedang tekun dan menghayati perkongsian yang disampaikan
Melalui slot make-up demo selama 2 jam pula telah memberi serba-sedikit
pendedahan kepada para tetamu berkenaan teknik-teknik atau cara-cara mengaplikasikan
make-up yang betul ke wajah mereka. Manakala, melalui slot facial demo yang berlangsung selama 1 jam
setengah pula dapat memberi ilmu baru kepada mereka akan teknik-teknik urutan muka yang betul.
Pengenalan mengenai asas make- up oleh MUA, Pn. Siti Nur Farihah
Para tetamu bersedia untuk mempelajari teknik2 mengaplikasikan make-up yang betul ke wajah
Para tetamu tekun mendengar penerangan daripada MUA, Pn. Siti Nur Farihah
Para tetamu tidak melepaskan peluang untuk mempelajari teknik2 make-up yang betul
Pendekatan dan fokus The Walking Beauty sekarang adalah
dalam membina kapasiti usahawan wanita yang ingin memiliki sebuah SPA atas nama
mereka sendiri kerana masa kini terdapat ramai golongan wanita yang menceburi
bidang keusahawanan dan memerlukan bimbingan dalam memulakan perniagaan yang
berjaya. Melalui Projek The Walking Beauty ini mereka mendapat peluang
berkenalan dengan lebih ramai ahli-ahli The Walking Beauty lain yang akan sama-sama
membantu dalam meyumbang idea atau bertukar-tukar pendapat, berkongsi tip-tip
kecantikan, kesihatan, cara dan teknik memikat pelanggan serta memberi semangat
antara satu sama lain seperti sebuah keluarga.
Saya berharap agar semua pembaca akan melayari blog ini dari semasa ke
semasa untuk mengetahui dengan lebih lanjut tentang perkembangan The Walking
Beauty, program-program dan aktiviti-aktiviti terkini. Saya juga menyeru agar
semua wanita untuk menyertai Projek The Walking Beauty sebagai ahli supaya kita
dapat berkongsi pengalaman dan bekerjasama di dalam usaha untuk meningkatkan
perniagaan, taraf hidup serta prestasi kita. Memantapkan dayasaing dan
dayatahan sebagai usahawan SPA BERGERAK TANPA KEDAI yang berjaya di dalam dunia
perniagaan. Sesiapa yang ingin mendapatkan butir-butir lanjut tentang Projek
The Walking Beauty ini, anda boleh terus berhubung dengan saya sendiri,
Pengasas Projek The Walking Beauty atau mana-mana ahli The Walking Beauty di
bawah saya.
Akhir kata, saya mengucapkan jutaan terima kasih kepada semua pihak yang
terlibat secara langsung atau secara tidak langsung sepanjang Majlis Pelancaran
Projek The Walking Beauty ini dijalankan. Terima kasih di atas sokongan dan
kerjasama semua pihak. Saya berharap agar sokongan ini akan berterusan agar
kita semua dapat bergabung tenaga dalam meningkatkan ekonomi usahawan wanita
dan dapat membantu lebih ramai golongan wanita yang sedang tercari-cari sebuah
perniagaan yang MUDAH, SIMPLE dan FUN tetapi mampu memberi pulangan yang sungguh
luar biasa.
Sekian terima kasih kerana sudi singgah ke blog rasmi The Walking Beauty dan tahniah kerana menjadi salah seorang pembaca blog ini.
Puan Ainul Shahrazad binti Ab Razak
Pengasas The Walking Beauty (TWB)
Pemilik dan Pengusaha Ainul D Secrets Spa & Beauty
+6013-697 1176 / +6019-697 1176
ainulshahrazad@gmail.com
FB: Ainul Shahrazad Ab Razak
IG: THE_WALKING_BEAUTY_ (Ainul Shahrazad)
Tetamu bergambar bersama Pengasas The Walking Beauty, Pn. Ainul Shahrazad
Tetamu dari Jepun ;)
MUA, Pn. Siti Nur Farihah bersama Pengasas The Walking Beauty (gambar kiri) dan model (gambar kanan)
0 comments: