7 Kesilapan Yang Selalu Kita Fikirkan Tentang Rawatan Wajah
Assalammualaikum semua...
Tips kali ni adalah untuk menyangkal beberapa mitos tentang rawatan wajah.
Sebenarnya, merawat kulit muka bukanlah sesuatu perkara yang rumit. Ianya sangat simple jika kita tahu cara dan teknik nya.
In shaa Allah, saya akan kongsikan dalam entry seterusnya.
Hari ini, mari kita baca dahulu beberapa kesilapan yang sering kita fikirkan mengenai rawatan kulit wajah.

1. Rawatan kulit wajah hanya penting selepas usia 30
tahun
>> Sebenarnya kita sudah boleh melakukan proses pembersihan kulit wajah seawal usia 18 tahun lagi. Ini kerana, proses membersihkan muka adalah bertujuan untuk membersihkan kotoran di permukaan kulit. Ia juga berfungsi untuk melancarkan peredaran darah melalui proses "massage" yang kita lakukan. Tambahan pula, dalam keadaan dunia kita sekarang yang penuh dengan pencemaran, maka proses membersihkan wajah menjadi sangat penting dalam memastikan kulit wajah sentiasa bersih dan segar.
Jadi sangat penting untuk anda memilih produk yang sesuai dgn wajah anda ok??

Antara rangkaian produk yang semulajadi dan selamat untuk digunakan
2. Aloe vera baik untuk kulit
>> Benar, aloe vera atau lidah buaya memiliki beberapa fungsi yang bukan hanya baik untuk kulit tetapi juga rambut. Apa yang perlu anda ketahui, menggunakan aloe vera asli atau yang belum diproses pada wajah bukan merupakan pilihan yang tepat.
Bahkan, penggunaan produk berasaskan aloe vera sama ada
sebagai pelembap, pembersih wajah dan krim malam juga tidak bermakna kulit anda
akan sentiasa cantik dan sihat. Mungkin juga produk tersebut tidak bersesuaian
dengan kulit anda dalam memberikan hasil yang diingini.
Oleh itu berhati-hatilah dalam memilih produk yang
mengandungi aloe vera di dalamnya. Pastikan anda mendapat saranan pakar
terlebih dahulu atau pakar kulit bagi memastikan produk berasaskan aloe vera
ini sesuai dengan kulit anda.
3. Melakukan ''waxing'' akan mengurangkan bulu pada wajah dan tubuh
>> Bukan hal yang mustahil untuk menghilangkan bulu pada wajah
dan rambut sekiranya anda mencabut hingga ke akarnya. Namun tidak dengan
''waxing''. Melakukan ''waxing'' hanya membersihkan bulu pada permukaan dan
hanya bersifat sementara. Selain itu, rawatan ini juga akan menyebabkan
pertumbuhan bulu yang baru.
Proses "waxing" untuk mencabut bulu di kulit
4. Produk guna bahan semula jadi baik untuk kulit
>> AWAS!! Perkataan semula jadi tidak semestinya ia selamat dan tidak
mendatangkan bahaya kepada kulit. Ada beberapa herba yang berbahaya dan
mengandungi racun yang boleh memberi kesan buruk pada kulit. Justeru, sebelum
menggunakan bahan-bahan tersebut, periksa terlebih dahulu sama ada ia sesuai
dengan kulit anda atau tidak, dan yang penting..bagaimana proses pembuatannya, kualiti dan jenis bahan yang
digunakan.
5. Stim baik untuk semua jenis kulit
>> Melakukan rawatan stim untuk menghilangkan bintik hitam dan
bintik putih dapat memberikan hasil yang baik, dengan syarat, ia tidak dilakukan
lebih dari satu atau dua minit. Suhu tinggi yang digunakan ketika rawatan boleh
menyebabkan kandungan kolagen dan elastin hancur. Malah, ia turut membuka
pori-pori yang tidak diperlukan. Selain itu, bukan semua jenis kulit sesuai
untuk rawatan stim. Ada jenis kulit yang tidak disarankan untuk melakukan
rawatan ini.
Rawatan stim muka di rumah
6. Rawatan pemutihan akan buat kulit putih
Warna kulit ditentukan oleh jumlah melanin pada tubuh anda
dan bukan melalui rawatan pemutihan atau bleaching. Rawatan ini hanya membantu
mencerahkan dan memiliki warna yang serasi dengan ton kulit anda sahaja.
Jadi jangan tertipu jika ada produk yang boleh menawarkan anda "putih dalam masa sekian2", kerana ia mungkin mengandungi bahan yang berbahaya seperti merkuri untuk memutihkan kulit wajah anda.
Jadi jangan tertipu jika ada produk yang boleh menawarkan anda "putih dalam masa sekian2", kerana ia mungkin mengandungi bahan yang berbahaya seperti merkuri untuk memutihkan kulit wajah anda.
7. Penggunaan buah dan sayuran tidak mendatangkan kesan
negatif
Buah-buahan dan sayur-sayuran seperti lemon, timun, tomato, dan bawang
merupakan bahan yang sering digunakan. Meskipun ia dapat membantu kulit wajah, namun tidak
sepenuhnya. Misalnya menggunakan timun untuk mengatasi masalah lebam bawah mata
mungkin akan memberikan hasil yang efektif pada sesetengah orang tetapi mungkin
tidak kepada mereka yang mengalami masalah tersebut disebabkan oleh perubahan
hormon dalam badan. Justeru, lebih baik andai kita mengetahui terlebih dahulu
penyebab utama masalah kulit.
Menggunakan sayuran dan buah-buahan juga boleh menyebabkan
punca berlakunya iritasi atau alergi. Sebaliknya, fungsi buah-buahan adalah
membantu menyediakan nutrisi yang diperlukan tubuh seperti vitamin, mineral
sekali gus membantu meningkatkan kesihatan kulit.
Ok di harap info ini dapat membantu para pembaca ainulDsecrets.
Saya akan kongsikan lebih banyak info2 kecantikan dan kesihatan dari semasa ke semasa.
Ok di harap info ini dapat membantu para pembaca ainulDsecrets.
Saya akan kongsikan lebih banyak info2 kecantikan dan kesihatan dari semasa ke semasa.
So stay tune ~
"The Walking Beauty"
~ Outside beauty attracts, Inner beauty captivates ~
(Kecantikan Luaran menarik, Kecantikan dalaman mempesona)
Pn Ainul Shahrazad
Founder of Ainul D Secrets Empire
sms/whatsapp: +6013-6971176/ +019-6241176
tq atas info... saya selalu guna aloe vera gel selepas kulit terdedah dengan cahaya matahari... sejuk je rasa kulit..hihi
ReplyDelete